Breaking News



Ngiklan Murah Disini Yuk!!

Muhasabah Diri tentang Amalan-amalan Pembuka Pintu Syurga, Semoga Kita mendapatkan Hidayah Allah

Responsive Ad Here

Media Swara Semesta (7/7)
Salah satu sifat yang mulia yang perlu ada pada seorang mukmin adalah sifat pemurah dan ada perasaan belas kasihan dan suka membantu kepada golongan fakir-miskin dan anak-anak yatim. Hidup ini akan lebih harmoni hanya apabila kita banyak bersedekah dan memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah SAW : “Sedekah mana yg lebih besar pahalanya?
Nabi SAW menjawab, “Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sehat dan sebenarnya engkau bakhil serta merasa sayang dermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan jadi kaya, maka jangan menunda-nunda sedekah sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, “ini untuk si anu ini untuk si anu sekian” dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain,”(HR. Bukhari dan Muslim)

Barang siapa yang banyak bersedekah akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT Sehinggakan Nabi SAW ada menyatakan di dalam hadistnya bahawa salah satu daripada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan daripada Allah SAWT. di hari akhirat nanti adalah mereka yang bersedekah kerana Allah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya. Didalam riwayat yang yang lain Nabi SAW ada menyatakan bahawa seorang dermawan yang ikhlas kerana Allah akan dimasukkan ke dalam syurga lebih awal daripada ulama dan orang yang mati syahid dan akan bimbing untuk memasuki syurga melalui pintu sedekah.

Marilah sama-sama kita tingkatkan amal ibadah dan amal soleh kita ketika di dunia ini. Jika kita berusaha di dunia ini untuk memilih bidang khusus untuk memenuhi minat dalam kerja kita maka kenapa kita tidak memilih salah satu bidang khusus untuk beramal soleh sebagai bekalan kita di hari akhirat nanti dan boleh memasuki pintu-pintu syurga yang disediakan

Contoh sahabat-sahabat Rasulullah SAW :
1. Abdul Raman bin Auf – banyak bersedekah dan infak dijalan Allah SWT.
2. Khalid bin al-Walid – banyak berjihad dijalan Allah SWT sehingga badannya penuh dengan luka-luka kerana berjihad dijalan Allah SWT.
3. Abu Hurairah – seorang yang pakar ilmu hadis (banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah SAW)
4. Ali bin Zainal Abidin – cucu kepada Saidina Ali k.wj – bersolat sunat lebih 1000 rekaat sehari. Di panggil ‘As-Sajjad’ (orang yang ahli sujud).
5. Ibnu Abbas – seorang yang pakar dibidang tafsir al-Quranul karim.

Sesungguhnya kalian semua lebih tahu apa bidang yang kalian minat dan banyak melakukan amal soleh. Teruskan beramal dan beristiqamahlah semata-mata mencari keridhoan Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

يَغْفِرْ لَـكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَ نْهٰرُ وَمَسٰكِنَ طَيِّبَةً فِيْ جَنّٰتِ عَدْنٍ ۗ ذٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيْمُ ۙ 
"niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Surga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung,"

0 Comments